Dana ini dikumpulkan khusus untuk membantu adik Muhammad Rayyan Mikail bin Mohd Yazid yang menetap di Kuala Nerang Kedah yang merupakan pesakit di bawah Pallative Care.
Adik Rayyan adalah pesakit Complex Cyanotic Heart Disease dan Chronic Lungs Disease. Beliau perlu bantuan pernafasan melalui oksigen dalam kehidupan seharian beliau. Selain kos oksigen dan syringe, adik Rayyan perlu minum susu khas setiap hari kerana beliau kurang selera untuk makan makanan lain.
Adik Rayyan juga masih perlu berulang alik ke hospital untuk check up bersama doktor setiap beberapa bulan sekali. Ibubapa beliau dalam keadaan struggle juga kerana ayahnya juga seorang OKU penglihatan dan ibunya adalah seorang suri rumah.
Mari bersama berkongsi sedikit rezeki yang ada untuk membantu Adik Rayyan.